BERGEMBIRALAH WAHAI ORANG YANG SAKIT
Penyakit itu satu ganjaran dan kafarah:
Ketahuilah wahai saudaraku yang sakit, sesungguhnya penyakit itu merupakan suatu perkara yang telah ditentukan oleh Allah Ta’ala, ditimpakan oleh-Nya ke atas majoriti manusia, tidak kira bangsa, negara, dan usia mereka, dan tidak ada seorang pun yang boleh terselamat daripadanya.
Hakikatnya para Nabi juga telah diuji dengan penyakit. Baginda merupakan ikutan yang menyenangkan hati dan contoh bagi orang yang soleh bagi mereka yang menghadapinya bersama kejadian mereka sebagai makhluk yang paling disayangi oleh Allah. Mereka juga merupakan insan yang terpilih bagi memberi petunjuk kepada manusia. Dengan ini maka sesungguhnya, penyakit bukanlah sesuatu hukuman atau penyeksaan malah ia hakikatnya telah meningkatkan darjat, mengkafarahkan dosa dan menghapuskan kesalahan seseorang itu.
Sabda Rasulullah SAW:
( لا يصيب المؤمن من شوكةٍ فما فوقها الا رفعه اللهُ بها درجة ، وحَطَّ بها خطيئة. )
“Tidaklah menimpa seseorang itu satu duri bahkan lebih dari itu melainkan Allah akan meningkatkan darjatnya dan menghapuskan kasalahannya.”
{al-Bukhari (2996), dan Ahmad: 4/410}
Dan sabdanya lagi:
( ما من شيء يصيب المؤمن في جسده يؤذيه الا كفر به عن سيئاته)
“Tiada perkara yang menyakitkan yang menimpa seorang mukmin pada jasadnya melainkan
terhapuslah daripadanya keburukannya.”
terhapuslah daripadanya keburukannya.”
{al-Hakim: 1/347, Majma’ al-Zawaid: 2/301 dan Sahih al-Jami’ as-Soghir: (5600)}
Baginda juga bersabda:
(لا يصيب المؤمنَ نَصَبٌ ولا وَصَب ، ولا سَقَم ولا حزن، حتى الهم يُهَمُّه ؛ إلا كفَّر اللهُ به من سيئاته)
“Tidaklah menimpa seseorang mukmin itu kepenatan,kesakitan, ketenatan dan juga kesedihan sehingga dukacita menyelubunginya melainkan Allah menghapuskan dengannya daripada kajahatannya.”
Penyakit Tanda Kasih Sayang Allah:
Dunia ini tidak sunyi daripada pelbagai jenis bala yang menimpa manusia. Tidak kiralah pada hartanya, keseronokannya dan juga pada jasadnya. Ditunjukkan di sini bahawa sesungguhnya besarnya sesuatu ganjaran diukur berdasarkan banyaknya bala yang menimpa, dan ini merupakan dalil (bukti) betapa kasihnya Allah Azza Wajalla terhadap hambanya yang beriman, yang dibebani dengan pelbagai jenis penyakit.
Terhentinya kasih sayang itu bergantung kepada penerimaan pesakit itu terhadap balanya.
Sabda Rasulullah SAW :
(إن عِظَمَ الجزاء مع عظم البلاء ، وان الله تعالا إذا أحب قومًا ابتلاهم ، فمن رضي فله الرضا ، ومن سَخِط فله السّخْط)
“Sesungguhnya besarnya sesuatu ganjaran adalah seiring dengan besarnya sesuatu musibah, dan sesungguhnya apabila Allah Ta’ala menyayangi sesuatu kaum maka Dia akan mengujinya, maka, sesiapa yang redha, baginya keredhaan Allah, dan sesiapa yang membencinya maka baginya kebencian Allah.”
Dan sabdanya lagi:
(إن رجل ليكونُ له عند الله المنزلة ، ف، ما يبلغها بعمل فما يزال الله يبتليه بما يكره حتى يبلغه اياها)
“Sesungguhnya lelaki yang telah menjadikan dirinya mempunyai kedudukan di sisi Allah ialah sesiapa yang telah mencapainya dengan amal, dan sesiapa yang Allah sentiasa mengujinya dengan apa yang dibencinya sehingga sampai kepadanya kedudukannya.”
Para Nabi yang mulia juga turut merasai kesakitan yang amat kuat sewaktu ianya menimpa mereka. Sebagai contoh, Nabi Ayub ‘alaihissalam, menanggung kesakitan dalam tempoh yang sangat panjang. Hal ini berlaku sehingga musibah yang menimpa Baginda menjadi semakin hebat sehingga ia telah menjadi salah satu kata-kata hikmah:
((أصبر من أيوب))
“Sabarlah seperti Ayub.”
Rasulullah SAW sendiri merasai ujian kesakitan yang sangat hebat. Hal ini telah diceritakan sendiri oleh Abdullah bin Mas’ud katanya:
دخلت على رسول الله وهو يوعك فمسسته بيدي فقلت: يا رسول الله انك لتوعك وعكا شديدا...فقال رسول الله: ((اجل اني أوعك كما يوعك رجلان منكم)) قلت: ذلك بأن لك أجرين؟ فقال : ((أجل ما من مسلم يصيبه اذا من مرض فما سواه الا حط الله به سيئاته كما تحط الشجرة ورقها)).
“Aku menemui Rasulullah SAW dan Baginda SAW mengalami demam panas. Maka aku menyentuh Baginda SAW dengan tanganku lalu aku berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya kamu sedang mengalami demam yang sangat panas!” Maka Rasulullah SAW bersabda: “Benar, sesungguhnya demamku adalah sepertimana demam dua orang lelaki daripada kamu.” “Oleh itu, bagimu dua ganjaran?” Sabdanya lagi, “Benar, tidaklah seorang muslim itu ditimpakannya suatu kecacatan ..
Bersabarlah kita dengan penyakit yang kita hadapi, sesungguhnya ia merupakan satu ujian Allah terhadap hamba-hambanya yang beriman.. Janganlah sesekali kita mengeluh dengan penyakit yang kita hadapi sesungguhnya keluhan kita akan menyebabkan tidak redha nya Allah dengan kita..
Istighfarlah kita dengan keluhan kita serta ingatlah penderitaan Nabi-nabi serta ulama2 terdahulu yang tidak menjadikan sakit sebagai satu alasan untuk berdakwah..
Jadikan penyakit yang kita hadapi itu satu kafarah dosa yang pernah kita lakukan..
moga post kali ini memberi manfaat bagi para pembaca..
والله تعالى أعلم وأعلم
INSYAALLAH. segala yang datang itu ada sebab nya yang telah ditetapkan oleh Allah untuk hambaNya...
ReplyDelete