Saturday, 23 April 2011

Sekadar Perkongsian Bersama

Assalamualaikum wbt…
،الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين …

Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan rahmat-Nya dapatlah ana tubuhkan blog yang x seberapa ni.. Maklumlah baru pertama kali buat.. Jadi untuk perkongsian yang pertama ni inginlah ana kongsikan mengenai latar belakang ana..  Nama ana biarlah dikenali sebagai srikandi sofa.. Baru lepasan spm, dan masih menunggu tawaran sambung belajar.. Ana merupakan Ex-students Sekolah Tinggi Islam As Sofa yang mana pengasasnya ialah Al Musnid Tuan Guru Syeikh Muhammad Fuad Ibnu Kamaluddin Al- Maliki..

Asykuru Ilallah fi haza nikmat.. dipertemukan dengan seorang Murabbi Ruhi yg membawa ana mengenal cinta Allah dan Rasul.. Mengajar ana agar kasih kepada ahlul baiti Rasulillah SAW dan para Sahabat R.a.. Di STIAS juga ana di ajar agar beradab dengan guru sepertimana yg di ajar oleh Hujjahtul Islam Al Imam Ghazali  Rahimahullah dalam kitab Bidayatul Hidayah.. Jadi, bagi ana semua ini merupakan satu nikmat yang x terhingga nilainya dan matlamat yang ingin ana capai selepas ni ialah untuk menjadi seorang guru tahfiz (akhowat) serta terus memperjuangkan Sunnah Rasulullah SAW.. amin… Sama2 lah kita tegakkan syiar islam yang semakin goyah ini… Suka ana maklumkan di sini, kehadiran sahabat2 amat ana harapkan, semoga kita dapat bertukar tukar pandangan dan perkongsian ilmu.. Segala salah silap dan tutur kata yang salah harap di tegur, kerana ana manusia yg x terlepas daripada kesalahan..   Wallahu a’lam..

   SEKOLAH TINGGI ISLAM AS SOFA

1 comment:

  1. Segala salah silap yang berlaku di dalam blog ni harap di tegur secara bil hikmah..
    syukran..

    ReplyDelete