SAYYID MUHAMMAD IBN ALAWI AL MALIKI
Permata Ilmu, Akhlak dan Peribadi yang luar biasa
Pendidikan
Beliau amat beruntung memiliki bapa yang merupakan seorng ulama yg sangat tinggi ilmunya di Makkah. Bapa beliau merupakan guru yang pertama mengajar beliau secara peribadi di rumah mahupun di Masjidil Haram, di mana beliau menghafal Al Quran sejak kecil..
Beliau telah mempelajari dan mendalami pelbagai ilmu turath islam seperti aqidah, tafsir, hadith, fikah, usul, mustalah, nahwu dan lain2 lagi di tangan ulama2 besar lain di Makkah serta Madinah.. Kesemua mereka telah memberikan ijazah penuh kepada beliau untuk mengajar.
Perjalanan Mencari Ilmu
Beliau bermusafir sejak muda untuk menuntut ilmu Afrika Utara, Mesir, Syria, Turki. dan rantau asia untuk belajar daripada alim ulama yang hebat, bertemu para wali Allah, menziarahi masjid2 dan makam2 serta mengumpul manuskrip dan kitab..
beliau berusaha mengambil manfaat daripada setiap ulama dan aulia yang ditemui. Kebanyakan mereka menghormati bapa beliau dan menjadi satu kebanggaan menerima beliau sebagai anak murid.
Keperibadiannya
Sayyid Muhammad al Maliki ialah seorang manusia yang dianugerahi oleh Allah akhlak yang mulia dan budi pekerti yang luhur. Beliau mewarisi datuknya yang paling agung, Sayyiduna Rasulullah SAW.. Segenap kehidupan beliau dapat dijadikan uswah hasanah
Setiap sunnah sekalipun kecil adalah besar baginya seperti memakai serban , memakai cincin, bersiwak, menyelati celah2 gigi selepas makan, berkumur2 selepas minum susu, dan sebaginya. semua ini terhasil lantaran kecintaannya yang mendalam terhadap Baginda SAW..


“kita wajib menjaga pemuda kita dan membekali mereka dengan iman, membentangi mereka dengan akhlak yg luhur, menghiasi dan menyempurnakan mereka dengan hakikat dan contoh nyata serta keutamaan, mengikat hubungan mereka yang ada sekarang dengan sirah datuk2nya dan para salafus soleh.” - Sayyid Muhammad bin Alawi al Maliki-

No comments:
Post a Comment