بِسْمِ
اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
اَلْحَمْدُ
لِله رَبِّ العَالَمِيْنَ ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
، أَشْرَفِ الأَنْبِيَاءِ وَالمُرْسَلِيْنَ ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ
أَجْمَعِيْنَ
Alhamdulillah dengan berkat dan inayah daripada Allah,
kami Diploma Usuluddin dan Syariah semester 3 dapat menghadiri program seminar
yang bertajuk “ Hukum Menghina Nabi dan Kaitan Dengan Akidah Ummah “. Program
bermula pada pukul 7.30 pagi hingga 1.00 tengah hari. Program seperti ini juga merupakan program yang sangat-sangat
bermanfaat dan harus diketengahkan di depan masyarakat umum kerana ia merupakan
sesuatu yang berkaitan dengan permasalahan akidah dan bukan cabang furu’
semata- mata.Majlis bermula dengan ucapan dan penyampai daripada
Waliduna Wa Syeikhuna Dato’ Syeikh Muhammad Fuad Ibn Kamaludin as Sanusi.
Beliau menyampaikan seolah-olah menyuarakan suara hati beliau yang marah dan
sedih dengan tindakan sesetengah pihak yang menghina kekasih kita yang
merupakan kekasih Allah I iaitu Sayyiduna
Rasulillah ص. Begitu juga yang pernah
dinyatakan oleh Imam al Subki :Syeikh menyarankan kepada kita supaya menghidupkan semula kitab-kitab ulama’ terdahulu kerana kitab-kitab tersebut adalah sohih dan mempunyai ijazah dan sanad yang sohih sampai kepada empunya sanad iaitu Rasulullah ص. Tetapi pada hari ini terdapat banyak kitab-kitab yang sesat dan terpesong daripada fahaman atau iktiqod Ahli Sunnah wal Jamaah yang kita tidak mampu untuk menghalang kemasukkannya di dalam Negara kita ini. Walaupun mungkin kita mampu menghalang dari sudut pembukuan tetapi ia masih juga boleh didapati di dalam internet yang boleh didapati walaupun kita hanya berada di rumah.
"Kami tidak membezakan antara seorang Dengan Yang lain Rasul-rasulnya.
Jika dilihat pada zahir ayat, kita boleh mentafsir bahawa Allah menyuruh kita agar tidak melebihkan Nabi Muhammad sehingga membeza-bezakan dengan Nabi-nabi terdahulu.Syeikh menerangkan mengenai pentafsiran ayat di atas dengan maksud kita tidak membezakan iaitu kita beriman kepada Nabi Muhammad dan juga beriman dengan Nabi Musa tetapi itu berlawanan dengan kaum yahudi yang hanya beriman dengan Nabi Musa tetapi tidak beriman dengan Nabi Muhammad. Begitu juga dengan Nabi Isa, kita beriman dengan Nabi Muhammad dan juga Nabi Isa tetapi kaum Nabi Isa iaitu nasrani tidak.Terdapat hadith yang menunjukkan bahawa Rasulullah sendiri yang ingin dirinya di panggil Sayyid dan ini merupakan dalil kewajipan bagi kita untuk mencintai dan memuliakan Rasulullah. Antara hadithnya ialah disebut di dalam al Mustadrak fi Sohihain hadith riwayat al hakam daripada jabir Ibn Abdillah :-“ketika Rasulullah sedang berkhutbah memuji Allah kemudian baginda bertanya : Siapakah Aku? Maka mereka menjawab : Engkau Rasulullah. Maka Nabi membalas dengan mengatakan aku tahu tetapi siapakah aku? Maka mereka menjawab : Engkau Muhammad Ibn Abdillah. Maka Nabi tidak berpuas hati dengan jawapan daripada sahabat-sahabatnya dan bersabda bahawa aku ialah Sayyid iaitu penghulu anak adam dan aku berbangga denganya.”
Hal ini menunjukkan kewajipan bagi kita mempertahankan kedudukan dan kemuliaan Rasulullah ص agar tidak direndah-rendahkan oleh orang-orang yang tidak bertanggunjawab. Terdapat banyak lagi permasalahan yang berlaku pada zaman kini, yang berpunca daripada pengambilan ilmu dengan cara yang tidak diketahui sumber ilmu tersebut dan mentafsir dengan mengikut hawa nafsu semata-mata. Oleh itu, syeikh sudahi kalamnya dengan berwasiat kepada kita agar menuntut ilmu sedalam-dalamnya dengan berpandukan kitab-kitab silam yang mempunyai sanad dan ijazah yang sohih. Mudah mudahan usaha yang dilakukannya mendapat pandangan daripada Allah dan RasulNya, serta kita mendapat berkat dan pengetahuan daripada ilmu yang disampaikan.
وَصَلَّى اللهُ عَلَى خَيْرِ خَلْقِهِ
سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
No comments:
Post a Comment