Thursday, 26 May 2011

Antara ulama2 Ahlus Sunnah Wal Jamaah

Sayyid Muhammad Alawi Al Maliki

Syeikh Muhammad Fuad Ibn Kamaluddin Al Maliki

Habib Umar ibn Muhammad ibn Salim Ibn Hafidz

Habib Munzir Al Musawa

Habib Ali Al Jufri

Ulama pewaris para Nabi..







Saturday, 7 May 2011

Jihad ilmu

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum.wbt

Segala puji bagi Allah yang memberi kita peluang untuk menghirup udara sekaligus memberi kita kenikmatan untuk memperolehi ilmu yang bermanfaat, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad, keluarga serta sahabat..

Alhamdulillah, ana syukur ke hadrat Illahi kerana segala permasalahan ana akhirnya telah berjaya di atasi.. kerana setiap masalah itu pasti ada jalan keluarnya dan setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.. Akhirnya hajat ana untuk ke DAQWAH lil banat diperkenankan, Alhamdulillah..
Cuma satu yang ana ingin tegaskan, pemergian ana ke daqwah bukanla atas sebab kepentingan diri sendiri atau ingin lari dari masalah  tetapi pemergian ana adalah atas sebab ilmu, dakwah dan membantu dalam menegakkan ahlus sunnah wal jamaah.. walaupun mungkin ana tidaklah banyak membantu tapi sekurang kurangnya terdapat sedikit usaha dalam membantu ahli sunnah serta niat untuk mempertahankan islam...

Untuk pengetahuan entum semua, pihak wahabi sekarang bertungkus lumus untuk memasukkan pemikiran nya ke dalam ahli sunnah, itu yang amat di bimbangkan dan perlulah kita berhati2.. Hal ini bukanlah remeh kerana ia melibatkan masalah akidah umat islam serta penghulu kita Sayyidina Rasulillah SAW..

Alhamdulillah, setelah lama diri ini x menadah tangan membaca kitab akhirnya semalam diadakan majlis hadrah serta pembacaan kitab yang berjudul:

 1) تعليم المتعلم الجاوي  yang diterjemahkan oleh Tuan Guru Haji Ahmad Bin Haji Qosim..
Kitab ini mengandungi beberapa mutiara peraturan dan kewajipan bagi penuntut ilmu beramal..
 2)تاج العروس   karangan sheikh Tajuddin Athoillah As Sakandari..
Kitab ini menghimpunkan ilmu syariat dan hakikat yang mana lebih kepada membersihkan diri daripada perbuatan dosa....  

Apa yang dapat disimpulkan dalam kitab2 tersebut ialah seorang penuntut ilmu seharusnya mengkaji ilmu yang bermanfaat dan tidak mendatangkan mudharat pd diri sendiri tetapi jika ilmu yang dikaji itu hanya untuk mengetahui kesesatan  yang berlaku atas dasar berhati2 ia tidak mengapa.. kitab yang kedua pula, jika kita pernah menzalimi orang segeralah meminta maaf dan memohon taubat kepada Allah Taala kerana orang yang tidak memohon Taubat tidak ada padanya maqam kedudukan yakni mahabbahtullah.. dan tanda taubat kita diterima ialah kita dapat merasai mahabbatullah yang mana kita dapat lihat dari segi ibadah kita semakin khusyuk dan sebagainya..

P/s : Sekadar perkongsian bersama, jika  ada yang salah harap di tegur..

Wallahu a'lam..




Tuesday, 3 May 2011

perjuangan antara 2

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum..wbt

kaifa imanuki?? InsyaAllah bikher.. Moga hidup kita sentiasa di berkati dalam setiap apa yang kita lakukan.. Iman kita ni ada sesekali bertambah dan ada sesekali berkurang jadi apa yang perlu kita lakukan ialah sentiasa bermuhasabah/koreksi diri kita, hitung setiap apa yang kita lakukan pada setiap hari..

Apa yang ana ingin kongsikan pada malam yg indah ini, mungkin amat memerlukan pendapat dan pandangan entum kerana hal ini bagi ana amat rumit untuk ana selesaikan seorang diri tambahan pula ana ini masih jahil..

Nak dijadikan cerita, sejak 2 menjak ini ana di belenggu 2 perkara iaitu.. membantu dalam urusan set up daqwah lil banat di kl dan dalam pada masa yang sama ingin tumpukan pada hafalan yang semakin tidak terfocus akibat kelalaian diri sendiri..  dan yang kedua terus membantu pihak Stias dalam urusan pentadbiran sekolah serta pertarbiyahan diri dan adk2..

2 benda ni yang buat ana serba salah dalam membuat keputusan.. kalau nak ikutkan sumbangan ana pada pihak sekolah amatlah sedikit, tambahan pula diri ni sering lambat datang ke sekolah.. kalau betul2 kerja ni dah lama kena out..

memang niat ana nak ke dar al quran wal hadith lil banat (Daqwah lil banat) di kl.. tapi bila dengar guru2 di stias suruh ana stay je di stias ni buatkan ana serba salah nak ke kl.. (Ya Allah.. tunjukkanlah aku jalan yang terbaik)

kalau entum jadi ana apa yg entum lakukan...???
Insan yang buntu...

Sunday, 1 May 2011

Pengajaran Kamal Atartuk

MENYOROT KEMBALI IDELOGI KAMAL ATARTUK DI TURKI DAN KESANNYA SEHINGGA SEKARANG
Ditulis oleh admin
Jumaat, 29 April 2011 08:29
1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tie dan topi(sesuai dengan kehendak barat)
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden"
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan
10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara Islam
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Menganggap dirinya Tuhan sama seperti Firaun.

Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?". Oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan". Beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN
Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah:
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung
3. Penyakit darah tinggi
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam.

Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau. Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 September 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.

Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (saya tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama Etna Grafi (kalau tak silap dengar) Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan mar-mar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu mar-mar.

Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!"

Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Renung dan fikirkanlah!

Thursday, 28 April 2011

Agamamu Dalam Bahaya


إنتبه دينك في خطر

AGAMAMU DALAM BAHAYA
AL ALLAMAH ABU ABDULLAH ‘ALAWI
AL YAMANI


Segala puji bagi Allah yang telah berfirman :
Surah al Jumuah : 2

Maksudnya :

“ Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyain (yang tidak tahu membaca dan menulis) seorang Rasul (Nabi Muhammad SAW) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah SWT (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaan-Nya) dan membersihkan mereka daripada (i’tiqad yang sesat), serta mengajar mereka kitab Allah (al Quran) dan hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syara’ ) . Sesungguhnya mereka (sebelum kedatangan Nabi Muhammad) adalah dalam kesesatan yang nyata.”


Di dalam ayat di atas terdapat tiga perkara yang boleh disimpulkan dalam medan dakwah yakni yang pertama ialah membersihkan meraka daripada i’tiqad yang sesat seperti menunjukkan akhlak yang baik atau boleh dikenali sebagai tasauf.. (tasauf yakni mensucikan diri daripada penyakit-penyakit hati atau perkara mazmumah).. Yang kedua ialah mengajar mereka kitab Allah (al Quran) yakni dengan cara mesti berilmu dan seterusnya berdakwah bil hikmah dengan memberitahu mereka tentang bukti keesaan Allah..

jadi disini dapat di simpulkan bahawa seorang pendakwah mesti mempunyai tiga perkara yakni ilmu, suluk (akhlak) dan dakwah.. seperti mana madrasah yang telah didirikan oleh kebanyakan ulama yang mementingan 3 perkara ini serta memahami dengan jelas manhaj madrasah yang berpegang dengan i’tiqod ahlus sunnah wal jamaah.. Dan Rasulullah sendiri merupakan Qudwah hasanah yang perlu kita teladani, mempunyai Ilmu yg tinggi, akhlak yg mulia serta berdakwah dengan cara yang baik..

PENTAKRIFAN ILMU TAUHID DAN BAGAIMANA CARA MENGUATKAN KEIMANAN..

Ilmu tauhid ialah ilmu yang mensucikan Zat Allah dari segala yang di gambarkan dalam kefahaman sesorang seperti ayat2 mutasyabihat.. ilmu tauhid menetapkan aqidah2 agama, berdasarkan dalil2 yang diyakini qot’ei (muktamat) daripada al Quran dan sunnah yang mutawatir yakni hadith yg paling ramai diriwayatkan oleh para sahabat dan juga tidak boleh di ingkari..

Sekiranya kita hendak menguatkan keimanan, maka hendaklah kita mempelajari ilmu tauhid daripada kitab2 ahlus sunnah wal jamaah kerana Allah telah berfirman :

{19} فَعْلَم أنَّهُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ الله
“Maka ketahuilah, bahawasanya tiada Tuhan melainkan Allah”

Dengan mempelajari ilmu tauhid, seseorang muslim akan dapat melindungi dirinya daripada terjerumus ke dalam lubuk kesesatan dan menolak sebarang keraguan yang dibawa oleh orang kafir dan atheis. Dengan mempelajari ilmu ini juga, seorang muslim akan mengetahui cara-cara untuk menolak serangan kumpulan-kumpulan yang sesat seperti golongan mujassimah (yang menjisimkan Allah) dan Musyabbihah (yang menyerupakan Allah dengan makhluk)..

Keimanan juga boleh dikuatkan dengan bertafakkur dengan kejadian (makhluk) Allah, sebagaimana firman Allah SWT :

surah al ghaasyiah : 17,18

'(Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat), tidakkah mereka memerhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan? Dan keadaan langit, bagaimana di tinggikan binaannya?"

Akhirnya keimanan juga boleh diperkukuhkan dengan sentiasa mengingati Allah SWT sehingga diri kita berasa tenang dengan mengingatiNya.. Sesungguhnya Allah SWT telah berfirman :

Surah Al Ra’d : 28

"Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu,tenang tenteramlah hati manusia..

Wallahu a'lam..

Wednesday, 27 April 2011

أبشرأيها المريض

BERGEMBIRALAH WAHAI ORANG YANG SAKIT



Penyakit itu satu ganjaran dan kafarah:



Ketahuilah wahai saudaraku yang sakit, sesungguhnya penyakit itu merupakan suatu perkara yang telah ditentukan oleh Allah Ta’ala, ditimpakan oleh-Nya ke atas majoriti manusia, tidak kira bangsa, negara, dan usia mereka, dan tidak ada seorang pun yang boleh terselamat daripadanya.

Hakikatnya para Nabi juga telah diuji dengan penyakit. Baginda merupakan ikutan yang menyenangkan hati dan contoh bagi orang yang soleh bagi mereka yang menghadapinya bersama kejadian mereka sebagai makhluk yang paling disayangi oleh Allah. Mereka juga merupakan insan yang terpilih bagi memberi petunjuk kepada manusia. Dengan ini maka sesungguhnya, penyakit bukanlah sesuatu hukuman atau penyeksaan malah ia hakikatnya telah meningkatkan darjat, mengkafarahkan dosa dan menghapuskan kesalahan seseorang itu.



Sabda Rasulullah SAW:

( لا يصيب المؤمن من شوكةٍ فما فوقها الا رفعه اللهُ بها درجة ، وحَطَّ بها خطيئة. )

“Tidaklah menimpa seseorang itu satu duri bahkan lebih dari itu melainkan Allah akan meningkatkan darjatnya dan menghapuskan kasalahannya.”
{al-Bukhari (2996), dan Ahmad: 4/410}



Dan sabdanya lagi:  

( ما من شيء يصيب المؤمن في جسده يؤذيه الا كفر به عن سيئاته)

“Tiada perkara yang menyakitkan yang menimpa seorang mukmin pada jasadnya melainkan
terhapuslah daripadanya keburukannya.”
{al-Hakim: 1/347, Majma’ al-Zawaid: 2/301 dan Sahih al-Jami’ as-Soghir: (5600)}



Baginda juga bersabda:

(لا يصيب المؤمنَ نَصَبٌ ولا وَصَب ، ولا سَقَم ولا حزن، حتى الهم يُهَمُّه ؛ إلا كفَّر اللهُ به من سيئاته)

“Tidaklah menimpa seseorang mukmin itu kepenatan,kesakitan, ketenatan dan juga kesedihan sehingga dukacita menyelubunginya melainkan Allah menghapuskan dengannya daripada kajahatannya.”



Penyakit Tanda Kasih Sayang Allah:



Dunia ini tidak sunyi daripada pelbagai jenis bala yang menimpa manusia. Tidak kiralah pada hartanya, keseronokannya dan juga pada jasadnya. Ditunjukkan di sini bahawa sesungguhnya besarnya sesuatu ganjaran diukur berdasarkan banyaknya bala yang menimpa, dan ini merupakan dalil (bukti) betapa kasihnya Allah Azza Wajalla terhadap hambanya yang beriman, yang dibebani dengan pelbagai jenis penyakit.

Terhentinya kasih sayang itu bergantung kepada penerimaan pesakit itu terhadap balanya.



 Sabda Rasulullah SAW :

(إن عِظَمَ الجزاء مع عظم البلاء ، وان الله تعالا إذا أحب قومًا ابتلاهم ، فمن رضي فله الرضا ، ومن سَخِط فله السّخْط)

“Sesungguhnya besarnya sesuatu ganjaran adalah seiring dengan besarnya sesuatu musibah, dan sesungguhnya apabila Allah Ta’ala menyayangi sesuatu kaum maka Dia akan mengujinya, maka, sesiapa yang redha, baginya keredhaan Allah, dan sesiapa yang membencinya maka baginya kebencian Allah.”



Dan sabdanya lagi:

(إن رجل ليكونُ له عند الله المنزلة ، ف، ما يبلغها بعمل فما يزال الله يبتليه بما يكره حتى يبلغه اياها)

“Sesungguhnya lelaki yang telah menjadikan dirinya mempunyai kedudukan di sisi Allah ialah sesiapa yang telah mencapainya dengan amal, dan sesiapa yang Allah sentiasa mengujinya dengan apa yang dibencinya sehingga sampai kepadanya kedudukannya.”



Para Nabi yang mulia juga turut merasai kesakitan yang amat kuat sewaktu ianya menimpa mereka. Sebagai contoh, Nabi Ayub ‘alaihissalam, menanggung kesakitan dalam tempoh yang sangat panjang. Hal ini berlaku sehingga musibah yang menimpa Baginda menjadi semakin hebat sehingga ia telah menjadi salah satu kata-kata hikmah:



((أصبر من أيوب)) 

“Sabarlah seperti Ayub.”



Rasulullah SAW sendiri merasai ujian kesakitan yang sangat hebat. Hal ini telah diceritakan sendiri oleh Abdullah bin Mas’ud katanya:
دخلت على رسول الله وهو يوعك فمسسته بيدي فقلت: يا رسول الله انك لتوعك وعكا شديدا...فقال رسول الله: ((اجل اني أوعك كما يوعك رجلان منكم)) قلت: ذلك بأن لك أجرين؟ فقال : ((أجل ما من مسلم يصيبه اذا من مرض فما سواه الا حط الله به سيئاته كما تحط الشجرة ورقها)).  
“Aku menemui Rasulullah SAW dan Baginda SAW mengalami demam panas. Maka aku menyentuh Baginda SAW dengan tanganku lalu aku berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya kamu sedang mengalami demam yang sangat panas!” Maka Rasulullah SAW bersabda: “Benar, sesungguhnya demamku adalah sepertimana demam dua orang lelaki daripada kamu.” “Oleh itu, bagimu dua ganjaran?” Sabdanya lagi, “Benar, tidaklah seorang muslim itu ditimpakannya suatu kecacatan ..


Bersabarlah kita dengan penyakit yang kita hadapi, sesungguhnya ia merupakan satu ujian Allah terhadap hamba-hambanya yang beriman.. Janganlah sesekali kita mengeluh dengan penyakit yang kita hadapi sesungguhnya keluhan kita akan menyebabkan tidak redha nya Allah dengan kita..
 Istighfarlah kita dengan keluhan kita serta ingatlah penderitaan Nabi-nabi serta ulama2 terdahulu yang tidak menjadikan sakit sebagai satu alasan untuk berdakwah..
Jadikan penyakit yang kita hadapi itu satu kafarah dosa yang pernah kita lakukan..
moga post kali ini memberi manfaat bagi para pembaca..


والله تعالى أعلم وأعلم 




Majlis Anugerah Cemerlang As Sofa 2011

بسم لله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnianya dapatlah pihak sekolah mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang 2010.. Majlis ini dirasmikan oleh fadhilatul Syeikh Al-Musnid Syeikh Muhammad Fuad ibn Kamaluddin Al-Maliki..
Tahniah diucapkan kepada para pelajar yg menerima anugerah, moga anda terus berjaya dengan segulung ijazah demi menegakkan Ahli Sunnah Wal Jamaah… Ingatlah kejayaan yg kita miliki bukanlah dengan usaha kita semata-mata, tetapi ianya adalah milik Allah SWT, tanpa kehendak Allah maka tidak mampulah kita memperolehinya. kejayaan yg kita peroleh janganlah membuatkan kita semakin jauh dengan-Nya.. iaitu seperti riak, ujub dan sebagainya, jauhkan sifat2 sebegitu..



KUMPULAN QASIDAH AS SOFA

Diri ini tidak pernah renggang dari dosa dan noda..
Haru biru, perjalanan dengan penuh kegelapan..
Disebabkan mata, mulut, kaki, hatta telinga sekalipun
Acap kali melakukan perkara yang kau larangi..
Tapi,
Aku tidak merelakannya..
Aku malu Ya Allah,
Aku malu Ya Allah,
Malu di atas dosa,
Malu di atas dosa.. yang telah aku lakukan,
Ya Allah..
Sesungguhnya hambamu ini mengharapkan keampunanmu
Mengharapkan keampunan di atas dosa yang membalikkan diriku daripada segala kurniaanmu..
Ya Allah Ya Rabbi,
Di sebabkan dosaku,
Aku semakin jauh dari rahmatmu,
bahkan seolah-olah aku telah di haramkan ke atas syurgamu..
Ya Allah aku takut Ya Allah,
hatiku bergetar, aku takut kerana dosa..
aku dihalalkan dari mendapat azab seksamu..
maka oleh itu sejahterakanlah dan berkatilah kekasih serta penghulu kami
Muhammad SAW serta keluarga,
moga2 dengan keberkatan baginda SAW
dosaku di ampunkan..

Pada malamnya kami didatangi oleh seorang ulama dari Hadramaut,Yaman iaitu Al Habib Zaid Al Yahya.. Beliau memberikan kata2 mutiara khusus kepada para penuntut ilmu, yang mana beliau menceritakan kisah para ulama terdahulu menuntut ilmu penuh kesungguhan dan tidak pernah kenal erti penat dan lelah sehingga tidak ada masa untuk melayan kehendak nafsu.. Jadi kita sebagai penuntut ilmu perlu mencontohi ulama terdahulu seperti Abu Hurairah dan lain2 nya.. Moga kita dapat meningkatkan lagi ilmu yg kita perolehi dan janganlah kita rasa sudah cukup ilmu yang kita perolehi kerana ilmu ibarat lautan luas yg tidak pernah habis..
seperti mana kata2 Al Imam As Syafie R.a


لن تنال العلم الا بستة 
سأنبيك أن تفصيلها ببيانٍ
ذكاءٌ وحرصٌ واجتهادٌ وبلغةٌ 
وصحبةُ أستاذ وطول الزمان